Sunday, November 24, 2013

Temuduga Operator Pengeluaran Perodua

Hampir 1 bulan aku menganggur lepas kontrak aku dengan "Startup Malaysia" abes dan bukan senang aku nak cari kerja baru dlm masa terdekat ni. Apply kerja dr jobstreet, jobsDB mmg xleh harap..Guna mudah.my pon ssh nak dapat melainkan korang sanggup keje sebagai macai bergaji RM1200 ke bawah..Bayangkan, Grafik Designer skang nak dapat gaji RM1500 keatas pon dah ssh skang..kalau dlm resume ko tulis ko banyak experiance, lagi la ko ssh nak dpt kerja..dafuq..
So, aku pon start la cari dari surat khabar..Hari2 aku belek surat khabar cari kerja..Operator kilang Texas Instrument, Mighty Bakery, penyelia projek Fire Fighter, Customer Service Nikon Center, Customer Service Jusco, Penyelenggara ATM Safeguard, Penyelia Watson, Customer Service GDEX, Kapten Bas Rapid KL, yep suma kerja2 ni aku dah g interview, buat mcm2 test..Tapi kebanyakannya mst tanya soklan yang sama, "Awk ni x ksh ke kerja itu dan ini (nama2 jawatan diatas) sbb awk dah banyak experiance dalam IT..Experiance gaji eksekutif tp x ksh ke kalau gaji setakat RM1500 ke bawah??"jawapan aku, aku x ksh mula balik dari bawah..

dalam banyak2 jawatan tu, aku jumpa gak open interview utk Team Member (Jawatan x dinyatakan) kilang baru Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di rawang pada 16 Nov 2013 (Rabu). So, aku pon cuba nasib..Seperti biasa, sebelum interview, kene buat beberapa test ringkas termasuk IQ Test, Matematik, Ujian Buta Warna dan Ujian Personaliti. Beberapa interview aku yang lepas2 memang membantu aku utk preparation interview kat Perodua ni sbb kebanyakkan cara test drg agak sama..Waktu interview dgn HR, sekali lagi soklan yang sama di tanya, "Awk x ksh ke kerja sebagai operator pengeluaran ni sbb awk banyak experiance dalam IT" dan sekali lagi aku jawab, saya x ksh mula balik dari bawah. Lepas tu, HR tu bagi aku sekeping kertas jemputan ke sesi tapisan akhir Perodua

20 Nov 2013 (Rabu) yang lepas, aku terpilih sebagai calon tapisan akhir bagi jawatan operator pengeluaran Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di Rawang. Sesi tapisan akhir ni mengambil masa 2 hari dan bagi aku dan kebanyakkan calon2 lain yang tinggal jauh dari rawang disarankan utk tinggal 1 malam di hostel perodua.

Jalan masuk ke HQ Perodua Rawang



Hari Pertama - Lepas jek aku daftar kehadiran, drg suh breakfast dlu..Oh ye, breakfast dan lunch disediakan secara percuma sepanjang sesi tapisan dan RM20 sehari diberikan utk makan malam..Lepas breakfast, taklimat diberikan dan ujian yang pertama ialah ujian air kencing (Urine Test), nak tengok korang ni ada amik dadah ke x..yep, de sorang yang gagal dan terus balik..

Ujian ke-2 ialah ujian Audiometri iaitu ujian pendengaran..Aku kene masuk dalam bilik, pakai headphone dan pegang remote indicator..aku pon x tau pe nama alat tu..Tapi ujian dia mcm ni, org kat luar bilik akan bagi bunyi dari kuat ke yang paling rendah atau yang paling rendah ke paling kuat dan aku kene tekan alat tu tiap kali aku dengar bunyi..

Ujian ke-3 ialah medical check-up dibuat di klinik panel perodua..ada 2 tempat dan aku buat di rawang..kat klinik dia check BP (Blood Pressure), ujian warna, berat & tinggi dan X-Ray dada..

Settle suma, balik hostel..yes, sesat..3 kali salah masuk simpang and hampir patah balik ke perodua..seb bek no.phone yang ada kat kertas tu leh kol..penyelia program pon satu, xde lak nk bg tau time taklimat kat mana hostel and kitorang lak xde sorang nak tanya kat mana hostel..bijak2..
So, berteka teki la masing2 camne rupa hostel perodua ni..yep, mcm hostel time study dlu cuma lagi teruk..aku rasa hostel utk staff lain ok jek sbb drg cte fully furnish tp yang kitorang dpt ni cuma ada tilam dan bantal jek..and, hostel pon mcm rumah lama ckit..kata penyelia hostel ni, drg tgh dlm proses naik taraf hostel..xpela, asal ada tmpt tido pon dah ok..kawasan sekeliling pon x teruk sangat sbb de banyak kedai makan, kedai runcit kedai mamak..

Hostel Perodua di Taman Bukit Sentosa, Rawang

Hari Kedua - Kene ada kat Perodua Learning Center selewat-lewatnya pukul 7.30am..sesiapa yang nak naik bas pekerja, bas pickup kat hostel pkul 6.30am..huh, rela lagi naik motor sendiri..leh bgn lambat ckit..So, lepas tulis kehadiran, g breakfast dlu pastu kumpul kat kawasan parking PLC berpakaian sukan..

Ujian Pertama (Kecergasan) - Lepas di bahagikan kepada 3 group, ujian pon bermula..Group aku kene buat push-up, sit-up, keseimbangan (dengan & tanpa dumbbell 2.5kg)..lepas tu, lari ulang alik sekurang-kurangnya 22 round selama 1 minit..and aku cuma dapat 19 round jek..

Ujian Ke-2 - Lepas makan tengahari, kami dipecahkan kepada 2 group pulak. 1 group bersedia untuk ujian Aptitude (Kecekapan) dan 1 group lagi untuk temuduga dengan pihak pengurusan perodua..Aku dapat group temuduga dlu..temuduga pon bkn tanya pape soklan pasal perodua pon, cuma tanya pasal diri kita..kenalkan diri, apa kereta idaman, apa kelemahan kita, kenapa nak join perodua..sekali temuduga ada 3 calon yang masuk sekali so, sesi tu x lama sangat, ada la dalam 5 minit lebih..

Ujian Aptitude - macam main game..ada 3 game kene buat iaitu:
  1. Gulung tali yang ada beban air 1.5 leter pada bar besi
  2. Pusing 2 biji bola golf arah jam dan lawan jam menggunakan 1 tangan
  3. Minisota - Game terbalikan (ala2 dam) bahagian hitam ke bahagian putih dan sebaliknya
  4. Sudoku  - Susun nombor 1 - 9 secara mendatar dan dalam petak kecil (xleh ada nombor yang sama)
  5. Asingkan bolt mengikut jenis
  6. Masukkan nat ke dalam skru
  7. Gulung tali mengikut anak panah
  8. Cari sequence nombor
Suma game ni selesai lebih kurang pukul 5pm dan kami pon boleh balik..Keputusan akan diberitahu dalam masa seminggu..

Harap2 aku dapat la sbb sepanjang aku ada kat sana, aku dah tolak 3 offer interview yang insyallah aku boleh dapat kerja tu (Safeguard / Wold Wellness / Nikon)..

Ikut kata HR Perodua, batch aku ni akan diserapkan ke kilang baru perodua yang akan memulakan operasi pada pertengahan tahun 2014. Kilang ni akan menggunakan 80% automation dan mesra alam. Kilang baru ini akan lebih canggih dari kilang yang lama..Satu lagi kelebihan join batch aku ni, sesiapa yang terpilih akan terus diserapkan sebagai staff tetap, berbeza dengan kilang yang lama rata-ratanya berstatus kontrak sekurang-kurangnya 2-3 tahun sebelum menjadi staff tetap.

pelatih bujang akan diberikan hostel (1 rumah 5 orang) yang fully furnish, makan minum percuma utk breakfast dan lunch, perkhidmatan pengangkutan dari hostel ke kilang percuma dan pakaian latihan. Tempoh percubaan selama 3 bulan dan sepanjang tempoh percubaan, latihan akan diberikan sebelum memulakan tugas. Pada yang bertuah, akan diberi peluang menjalani latihan di Jepun..

Sekian, pengalaman aku sepanjang temuduga di perodua..Kalau aku dapat, aku akan update post yang lain pulak..Doakan aku yep..

11 comments:

  1. Salam...27-1-2014 ni tarikh aku nk pi produa yg mcm saudara dh pi.utk sesi tapisan.info ni sngt2 membantu.thanks bro

    ReplyDelete
  2. Slm.. dpt ke x?. sbb kta pn trpilih utk tpisan akhir.

    ReplyDelete
  3. Ujian dia matematik mcm mana? Susah,sederhana or senang?

    ReplyDelete
  4. 14/12/15 ni panggilan interview huhu

    ReplyDelete
  5. huhuhu. bsok interview operator pengeluaran. tapi x de kwn nak pi sana.

    ReplyDelete
  6. Nice blog . Minggu depan pegi screening test insyaAllah terimakasih utk info2

    ReplyDelete
  7. Nice blog . Minggu depan pegi screening test insyaAllah terimakasih utk info2

    ReplyDelete
  8. as salam ahad ni saya ada open interview di shah alam untuk jawatan team member perodua gak .. nak tanya gaji kasar operator perodua ok ke ? =D

    ReplyDelete
  9. Assalam, nak tanya.. kalau nk apply keje kat produa kne ada open interview je ke?? or boleh pergi produa apply trus atau isi form online ke cane yea??

    ReplyDelete
  10. Assalam, nak tanya.. kalau nk apply keje kat produa kne ada open interview je ke?? or boleh pergi produa apply trus atau isi form online ke cane yea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time sye dlu tgk news paper ingt xdpt..g ..g alhamdulillah dpt. Time tu 2012 xsilap..iv kat n.9 ..time nk lapor diri tu den nk tido sowg2 kat surau perodua dgn xde ape2 knderaan dn kain baju rasenye pastu tgk mak sedih tgk anak dia yg gigih nk cri kje ..terus den blek melaka smbung belajr ..g smbung sijil lagi..dn dpt smbung kos grfik diploma..skrg pn tecari2 lagi kje..rase nk g blek la iv perodua.:)

      Delete