Friday, August 21, 2015

Sayonara Perodua Axia

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama dah x update blog ni..x sangka bila bukak balik blog ni,post pasal tips interview perodua dapat sambutan yg agak baik..

Rupanya ramai yg berminat nk join company besar mcm perodua..Mana yg dah dapat kerja di perodua,saya ucap tahniah.

Untuk pengetahuan anda semua,sy dah x bekerja lagi di perodua atas beberapa faktor..Alhamdulillah,selama hampir 2 tahun saya bekerja sebagai Engine Quality Inspector untuk Perodua Axia,saya menimba pelbagai pengetahuan baik mengenai industri perkilangan ataupun industri automotif. Daripada '0' knowledge mengenai kereta kepada org yg boleh membaraikan engine..

Perodua juga telah memberikan peluang untuk saya menjalani latihan di Daihatsu Kyushu,Jepun selama 3 minggu..Bukan sahaja mendapat latihan, tetapi dapat melihat dan belajar mengenai budaya masyarakat jepun yang selalu di katakan sebagai budaya yg terkenal dengan etika yang tinggi..Ye betul,mereka sgt beretika dan kuat bekerja..tetapi,mereka bukanlah sempurna..mereka juga ada kelemahan seperti kita..

Sekarang,bila saya lihat banyak perodua axia di atas jalan,saya boleh rasa bangga kerana saya pernah terlibat di dalam proses awal pembuatan kereta perodua axia..