Friday, August 21, 2015

Sayonara Perodua Axia

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama dah x update blog ni..x sangka bila bukak balik blog ni,post pasal tips interview perodua dapat sambutan yg agak baik..

Rupanya ramai yg berminat nk join company besar mcm perodua..Mana yg dah dapat kerja di perodua,saya ucap tahniah.

Untuk pengetahuan anda semua,sy dah x bekerja lagi di perodua atas beberapa faktor..Alhamdulillah,selama hampir 2 tahun saya bekerja sebagai Engine Quality Inspector untuk Perodua Axia,saya menimba pelbagai pengetahuan baik mengenai industri perkilangan ataupun industri automotif. Daripada '0' knowledge mengenai kereta kepada org yg boleh membaraikan engine..

Perodua juga telah memberikan peluang untuk saya menjalani latihan di Daihatsu Kyushu,Jepun selama 3 minggu..Bukan sahaja mendapat latihan, tetapi dapat melihat dan belajar mengenai budaya masyarakat jepun yang selalu di katakan sebagai budaya yg terkenal dengan etika yang tinggi..Ye betul,mereka sgt beretika dan kuat bekerja..tetapi,mereka bukanlah sempurna..mereka juga ada kelemahan seperti kita..

Sekarang,bila saya lihat banyak perodua axia di atas jalan,saya boleh rasa bangga kerana saya pernah terlibat di dalam proses awal pembuatan kereta perodua axia..

Wednesday, October 22, 2014

1st Day at Job







Well, ni hari pertama aku di perodua. Untuk new Team Member, kami perlu menjalani induksi selama 1 bulan. Antara aktiviti yang perlu kami lalui sepanjang induksi ini ialah
  1. Gerak Sama / Kawad kaki (Style Jepun)
  2. Taisho / Gerak Senam (akan dilakukan setiap hari dan menjadi rutin sebelum memulakan kerja, pon cara jepun)
  3. Kelas keselamatan, 5S, asas bahasa jepun, moral & intergriti
  4. Kerja berkumpulan, sesi bersama HR dan management
  5. Pengetahuan asas mengenai perodua dan pembuatan kereta
  6. Kelas Quality
Sepanjang induksi, setiap kelas mempunyai ujian yang akan menentukan arah tuju operator. Setiap operator bakal dibahagikan kepada "Shop" mengikut skill dan kelebihan masing2. Shop yang bakal dibahagikan kepada operator ialah:
  1. Body Shop
  2. Paint Shop
  3. Engine Shop (K-Shop)
  4. QC
Sepanjang induksi, kami belajar semua perkara asas tentang setiap shop2 ini dan kebanyakkan dari batch aku semua berangan-angan nak masuk QC. semua berangan nak jadi bahagian test drive. Well, termasuklah aku.lol.

Kami semua dibawa melawat 'current plant' untuk mengalami sendiri bagaimana kawasan persekitaran bekerja didalam kilang pembuatan kereta.



Sepanjang lawatan tu, aku dapat tengok semua shop dalam perodua, Press Shop, Body Shop, Assembly dan QC. and seriously, aku berharap sgt untuk terpilih masuk QC walaupun aku x tau, apa sebenarnya kerja QC ni sbb sepanjang induksi, trainer2 perodua ni x banyak sangat tekankan tentang tugas QC. Mungkin QC ini untuk orang2 yang betul2 bagus kot or ada sijil2 tinggi2. Which is i maybe not be selected.

sepanjang induksi, pihak management pon ada bagi tahu yang mungkin ada di antara kami yang akan terpilih untuk further training di Jepun. lagi la aku excited. Sape xnk g jepun kan?nk guna duit sendiri g jepun, memang x la. So, nasihat dari pihak management supaya kami jalani induksi dengan semangat dan berdisiplin kerana kami akan diperhatikan sepanjang tempoh induksi dan training.

Minggu ke-3: Kami di kumpulkan dalam 1 kelas untuk pengumuman pembahagian operator mengikut Shop. Saat yang paling excited dan mendebarkan. Mula2, 6 nama di panggil (nama aku xde), "BODY SHOP"......

3 nama dipanggil (Nama Aku ada), "QC SHOP"

Satu kelas bersorak termasuk aku sebab x sangka, aku dan 2 lagi org terpilih dan aku x tau yang lain tu bersorak sebab happy or frust..lol

"The others, ENGINE SHOP", semua bersorak sebab kami x pernah sangka majoriti dari batch kami akan masuk ke Engine Shop. Apa yang selalu kami fikir cuma Assembly shop, body shop dan QC shop.

Semua org mula bertanya-tanya, mcm mana Engine Shop sebab kami x pernah di bawa masuk kedalam Engine Plant. dan kebanyakkan dari kami xde basic langsung pasal engine kereta.

Alhamdulillah, Doa aku makbul. Aku dapat masuk shop yang aku nak.

Acara kemuncak untuk induksi kami adalah acara penutup Gerak Sama di depan semua shop dan pihak management. 

Sambungan Temuduga Operator Pengeluaran Perodua...

Baiklah, sedar x sedar dah hampir 11 bulan aku bekerja dengan Perodua sebagai Quality Inspector. Dari post aku yang sebelum ni, aku dah janji akan update lagi skali kalau aku dapat kerja and here i am.

X sampai 1 minggu dari pemilihan akhir, aku dapat call dari perodua yang mengatakan aku di terima bekerja di Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd sebagai Team Member a.k.a operator. Aku sangat excited dan ternanti-nanti mcm mana rupanye keadaan dalam kilang buat kereta. So, aku diminta melapor diri pada 2 Disember 2013 di hostel perodua, bukit sentosa, rawang.


Well, not bad kan hostel dia.But, for the information, ini adalah hostel khas utk Team Member Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd iaitu kilang pengeluaran baru perodua. Waktu aku mula2 baru lapor diri, ramai staff perodua kata Perodua Global ini bakal menerima lebih banyak benafit berbanding current plant. Well, that a good thing to hear. I'm really can't wait to start the job tomorrow..





Sunday, November 24, 2013

Temuduga Operator Pengeluaran Perodua

Hampir 1 bulan aku menganggur lepas kontrak aku dengan "Startup Malaysia" abes dan bukan senang aku nak cari kerja baru dlm masa terdekat ni. Apply kerja dr jobstreet, jobsDB mmg xleh harap..Guna mudah.my pon ssh nak dapat melainkan korang sanggup keje sebagai macai bergaji RM1200 ke bawah..Bayangkan, Grafik Designer skang nak dapat gaji RM1500 keatas pon dah ssh skang..kalau dlm resume ko tulis ko banyak experiance, lagi la ko ssh nak dpt kerja..dafuq..
So, aku pon start la cari dari surat khabar..Hari2 aku belek surat khabar cari kerja..Operator kilang Texas Instrument, Mighty Bakery, penyelia projek Fire Fighter, Customer Service Nikon Center, Customer Service Jusco, Penyelenggara ATM Safeguard, Penyelia Watson, Customer Service GDEX, Kapten Bas Rapid KL, yep suma kerja2 ni aku dah g interview, buat mcm2 test..Tapi kebanyakannya mst tanya soklan yang sama, "Awk ni x ksh ke kerja itu dan ini (nama2 jawatan diatas) sbb awk dah banyak experiance dalam IT..Experiance gaji eksekutif tp x ksh ke kalau gaji setakat RM1500 ke bawah??"jawapan aku, aku x ksh mula balik dari bawah..

dalam banyak2 jawatan tu, aku jumpa gak open interview utk Team Member (Jawatan x dinyatakan) kilang baru Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di rawang pada 16 Nov 2013 (Rabu). So, aku pon cuba nasib..Seperti biasa, sebelum interview, kene buat beberapa test ringkas termasuk IQ Test, Matematik, Ujian Buta Warna dan Ujian Personaliti. Beberapa interview aku yang lepas2 memang membantu aku utk preparation interview kat Perodua ni sbb kebanyakkan cara test drg agak sama..Waktu interview dgn HR, sekali lagi soklan yang sama di tanya, "Awk x ksh ke kerja sebagai operator pengeluaran ni sbb awk banyak experiance dalam IT" dan sekali lagi aku jawab, saya x ksh mula balik dari bawah. Lepas tu, HR tu bagi aku sekeping kertas jemputan ke sesi tapisan akhir Perodua

20 Nov 2013 (Rabu) yang lepas, aku terpilih sebagai calon tapisan akhir bagi jawatan operator pengeluaran Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di Rawang. Sesi tapisan akhir ni mengambil masa 2 hari dan bagi aku dan kebanyakkan calon2 lain yang tinggal jauh dari rawang disarankan utk tinggal 1 malam di hostel perodua.

Jalan masuk ke HQ Perodua Rawang



Hari Pertama - Lepas jek aku daftar kehadiran, drg suh breakfast dlu..Oh ye, breakfast dan lunch disediakan secara percuma sepanjang sesi tapisan dan RM20 sehari diberikan utk makan malam..Lepas breakfast, taklimat diberikan dan ujian yang pertama ialah ujian air kencing (Urine Test), nak tengok korang ni ada amik dadah ke x..yep, de sorang yang gagal dan terus balik..

Ujian ke-2 ialah ujian Audiometri iaitu ujian pendengaran..Aku kene masuk dalam bilik, pakai headphone dan pegang remote indicator..aku pon x tau pe nama alat tu..Tapi ujian dia mcm ni, org kat luar bilik akan bagi bunyi dari kuat ke yang paling rendah atau yang paling rendah ke paling kuat dan aku kene tekan alat tu tiap kali aku dengar bunyi..

Ujian ke-3 ialah medical check-up dibuat di klinik panel perodua..ada 2 tempat dan aku buat di rawang..kat klinik dia check BP (Blood Pressure), ujian warna, berat & tinggi dan X-Ray dada..

Settle suma, balik hostel..yes, sesat..3 kali salah masuk simpang and hampir patah balik ke perodua..seb bek no.phone yang ada kat kertas tu leh kol..penyelia program pon satu, xde lak nk bg tau time taklimat kat mana hostel and kitorang lak xde sorang nak tanya kat mana hostel..bijak2..
So, berteka teki la masing2 camne rupa hostel perodua ni..yep, mcm hostel time study dlu cuma lagi teruk..aku rasa hostel utk staff lain ok jek sbb drg cte fully furnish tp yang kitorang dpt ni cuma ada tilam dan bantal jek..and, hostel pon mcm rumah lama ckit..kata penyelia hostel ni, drg tgh dlm proses naik taraf hostel..xpela, asal ada tmpt tido pon dah ok..kawasan sekeliling pon x teruk sangat sbb de banyak kedai makan, kedai runcit kedai mamak..

Hostel Perodua di Taman Bukit Sentosa, Rawang

Hari Kedua - Kene ada kat Perodua Learning Center selewat-lewatnya pukul 7.30am..sesiapa yang nak naik bas pekerja, bas pickup kat hostel pkul 6.30am..huh, rela lagi naik motor sendiri..leh bgn lambat ckit..So, lepas tulis kehadiran, g breakfast dlu pastu kumpul kat kawasan parking PLC berpakaian sukan..

Ujian Pertama (Kecergasan) - Lepas di bahagikan kepada 3 group, ujian pon bermula..Group aku kene buat push-up, sit-up, keseimbangan (dengan & tanpa dumbbell 2.5kg)..lepas tu, lari ulang alik sekurang-kurangnya 22 round selama 1 minit..and aku cuma dapat 19 round jek..

Ujian Ke-2 - Lepas makan tengahari, kami dipecahkan kepada 2 group pulak. 1 group bersedia untuk ujian Aptitude (Kecekapan) dan 1 group lagi untuk temuduga dengan pihak pengurusan perodua..Aku dapat group temuduga dlu..temuduga pon bkn tanya pape soklan pasal perodua pon, cuma tanya pasal diri kita..kenalkan diri, apa kereta idaman, apa kelemahan kita, kenapa nak join perodua..sekali temuduga ada 3 calon yang masuk sekali so, sesi tu x lama sangat, ada la dalam 5 minit lebih..

Ujian Aptitude - macam main game..ada 3 game kene buat iaitu:
  1. Gulung tali yang ada beban air 1.5 leter pada bar besi
  2. Pusing 2 biji bola golf arah jam dan lawan jam menggunakan 1 tangan
  3. Minisota - Game terbalikan (ala2 dam) bahagian hitam ke bahagian putih dan sebaliknya
  4. Sudoku  - Susun nombor 1 - 9 secara mendatar dan dalam petak kecil (xleh ada nombor yang sama)
  5. Asingkan bolt mengikut jenis
  6. Masukkan nat ke dalam skru
  7. Gulung tali mengikut anak panah
  8. Cari sequence nombor
Suma game ni selesai lebih kurang pukul 5pm dan kami pon boleh balik..Keputusan akan diberitahu dalam masa seminggu..

Harap2 aku dapat la sbb sepanjang aku ada kat sana, aku dah tolak 3 offer interview yang insyallah aku boleh dapat kerja tu (Safeguard / Wold Wellness / Nikon)..

Ikut kata HR Perodua, batch aku ni akan diserapkan ke kilang baru perodua yang akan memulakan operasi pada pertengahan tahun 2014. Kilang ni akan menggunakan 80% automation dan mesra alam. Kilang baru ini akan lebih canggih dari kilang yang lama..Satu lagi kelebihan join batch aku ni, sesiapa yang terpilih akan terus diserapkan sebagai staff tetap, berbeza dengan kilang yang lama rata-ratanya berstatus kontrak sekurang-kurangnya 2-3 tahun sebelum menjadi staff tetap.

pelatih bujang akan diberikan hostel (1 rumah 5 orang) yang fully furnish, makan minum percuma utk breakfast dan lunch, perkhidmatan pengangkutan dari hostel ke kilang percuma dan pakaian latihan. Tempoh percubaan selama 3 bulan dan sepanjang tempoh percubaan, latihan akan diberikan sebelum memulakan tugas. Pada yang bertuah, akan diberi peluang menjalani latihan di Jepun..

Sekian, pengalaman aku sepanjang temuduga di perodua..Kalau aku dapat, aku akan update post yang lain pulak..Doakan aku yep..